Monday, December 9, 2013

360 Cloud~ Percuma Storan Awan Bersaiz 36TB



Assalammualaikum dan salam sejahtera warga OMG Hackers semua.
Sebelum ini kita didedahkan dengan storan awan antarabangsa seperti Dropbox, Box, Shared, SurDoc, Pogoplug, MEGA, Hostr dan banyak lagi storan awan yang tidak kita ketahui dan terokai lagi. Akan tetapi amat jarang di antara kita didedahkan dengan storan awan dari negara China. Mungkin masalah bahasa menjadikan kita tidak berminat untuk menerokai storan awan mereka.

Tahukah anda di China, storan awan percuma tidak lagi di paras GB(gigabytes). Di sana paling kurang kapasiti yang diberikan adalah 1TB(terabytes) bersamaan dengan 1024GB. Antara syarikat yang menawarkan storan percuma bersaiz TB ini adalah Qihoo 360, Tencent iaitu syarikat pengeluar WeChat, Baidu, dan Yunio. Tencent telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan mengeluarkan storan awan versi bahasa Inggeris untuk pengguna antarabangsa pada awal tahun 2014. Di sini saya ingin kongsi dengan anda semua 360 Clouddari Qihoo.

Qihoo sebenarnya adalah sebuah syarikat gergasi dari China yang mengeluarkan produk antivirus seperti 360 Internet Security360 Mobile Security untuk peranti Android dan iPhone, serta 360 Browser berasakan enjin chromium. Anda boleh dapatkan informasi tentang syarikat ini di sini [Pautan] beserta produk antivirus mereka di sini [Pautan].

Tanpa membuang masa lagi, kita teruskan sahaja kepada cara-cara untuk daftar storan awan ini dan seterusnya mendapatkan 36TeraBytes itu.

1. Anda perlu membuat akaun klik pada pautan tersebut: [Pautan]
2. Akan keluar paparan seperti berikut, ikut seperti gambar dibawah:

Klik untuk paparan lebih jelas

3. Akan keluar seperti gambar di bawah ini. Anda akan dapati saiz permulaan yang anda dapat adalah 5GB. Jangan risau, muat turun pula 360 Desktop Client dengan klik pada kotak biru tersebut. Pasangkan pada PC anda sehingga selesai. Kemudian klik pula pada butang berwarna oren untuk mendapatkan 10TB anda.

Klik untuk paparan lebih jelas

4. Kemudian akan keluar paparan seperti di bawah. Cuba log masuk username dan password anda. Jika tidak boleh klik pada tulisan berwarna oren di sebelah kanan bawah. Saya hadapi masalah untuk log masuk pada laman tersebut tetapi berjaya setelah klik pada tulisan oren tersebut untuk log masuk.


5. Anda sudah berjaya mendapatkan storan bersaiz 10TB (^_^). Sekarang untuk mendapatkan baki 26TB tersebut, anda perlu memasang aplikasi pada telefon bimbit anda pula. Download QR Reader pada peranti anda dan lakukan imbasan pada kod di bawah untuk muat turun aplikasi.

Klik untuk paparan lebih jelas

6. Selesai sahaja memasang aplikasi tersebut pada peranti anda, log masuk ke akaun anda di peranti tersebut dan klik pada pautan ini untuk mendapatkan baki storan awan anda dan seterusnya klik pada butang bewarna oren: [Pautan]

7. Selesai.. anda boleh menggunakan desktop client untuk muat naik maksimum 5GB per fail ke storan awan anda. Jikalau anda tidak mahu menggunakan dekstop client itu, anda boleh guna laman sesawang sahaja akan tetapi had limit untuk muat naik di laman sesawang hanyalah 360MB per fail sahaja. Sekian.. ada apa-apa pertanyaan boleh la diajukan pada ruangan disqus di bawah..

Kelajuan muat turun fail dari storan awan ini juga memuaskan, anda boleh muat turun fail tersebut untuk cuba kelajuan muat turun:


Say
Thursday, April 4, 2013

Cara Hack Broadband Celcom


Hari ini aku nak ajar korang semua cara-cara nak menggunakan celcom broadband secara free, bermaksud walaupun credit celcom BB prepaid kita dah habis...atapun jika anda mempunyai USB Broadband,guna je celcom simkad yg korang guna hp sekarang....


 1. Mula-mula download ultrasurf 9.5 kat bawah sini

                                                   Donwload ultrasurf di sini http://ultrasurf.us/support.html

   
2. Dah download... Open la...

3. Dah Open,ok pilih ''option'', untick ''start ie automatically at start''.


4. Pastu turun bawah, click proxy setting, n then tick ''direct used ultra surf ''...

    kemudian exit..

5. Dalam browser yang korang guna tu, pergi kat "option" - "connection", set manual proxy 127.0.0.1 dengan port 9666



6. Sekarang connect 3G modem...ataupun jika anda mempunyai USB broadband maxis,atau mane2,masukkan je simkad celcom korang.Ade rezeki dapat lah.hehe

7. Dah connect, run ultrasurf 9.5, tunggu sampai dia cakap "successfully connected to server"

* Jika anda tak dapat connect guna ultrasurf tu. Sila Guna langkah ke-2 ini.

1. Dalam Ultrasurf  - "Option" - "Proxy Setting" - "Manual Proxy Setting" - "Proxy Host" 10.128.1.242 "Proxy Port" 8080 - Ok - Close ultasurf - lepas tu open balik


* Kalau tak boleh jugak
   
2. Bukak UltraSulrf balik - "Proxy Setting" - tick "Direct use ultrasurf"

Sekarang dah boleh open browser yang telah di set manual proxy tadi, confirm boleh surf, youtube dan download walaupun credit prepaid celcom bb dah habis.

Perhatian!! ...
Jangan try benda ni masa kredit simcard tengah ada/banyak sebab aku tak jamin dia tak tolak kredit, tapi kalau kredit simcard dah abis, tak dak masalah,

sekian.terima kasih...

Tuesday, April 2, 2013

Kenali Apa itu System Ninja


Sekali lagi kita bersua kembali di rancangan Ninja Boy artikel review software. Ok kali nie saya nak memperkenalkan sebuah software yang ramai belum tahu (mungkin ada yang dah tahu). Software ini diberi nama System Ninja. Apa dia boleh buat?


Dah nampak antaramuka software nie? Hitam nampak kemas... Kenapa nama dia System Ninja yek? Maklumla definisi Ninja itu sendiri kita kenal iaitu dengan kepantasan dan ketangkasan dan ternyata software ini memang ringan dan mempunyai saiz yang kecil sahaja. Ok sebenarnya software nie adalah salah satu software yang berada dalam kategori Optimize (Maintainance). Fungsi-fungsi yang ada pada software ini pun adalah lebih kurang sahaja dengan CCleaner. Apa yang menarik perhatian saya kerana iainya adalah 100% Freeware (I Love Freeware)

Software ini menyediakan beberapa tools yang hampir sama dengan CCleaner.

Antara tools dan function yang disediakn :-
  • Junk Scanner
  • Startup Manager
  • PC Analysis
  • App Uninstaller
  • Process Manager
  • Additional Tools (Windows Service Manager, Registry Cleaner, dan File Analyzr)
Untuk additional tools anda boleh dapati apabila anda selesai install software, kemudian tekan System Tools > Additional Tools dan hanya tekan "Get Plugins" bagi mendapatkan tools tambahan ini.

Apa yang membezakan System Ninja dan CCleaner?

Di dalam system ninja ada satu function yang dinamakan PC Analysis. Pada fungsi ini kita dapat melihat maklumat yang lengkap tentang pc kita dari segi Operating System, Hard Drive (Cakera Keras), Processor, Logical Disk, Motherboard, BIOS, Physical Memory (RAM) dan Network Adapter.

Jadi saya tinggalkan anda dengan beberapa screenshot.

Jadi sesiapa yang berminat untuk mencuba try test uji pandu software ini sila download software ini diblog asal DISINI
Sunday, March 31, 2013

Tips/Trik Hacking Untuk Permulaan


Bagaimana kaedah yang mudah untuk hack komputer yang korang tak tau passwordnya?


Hmm..aku post tips ni sebab dulu time aku mula-mula dapat pc aku ni (kat tempat kerja),
ICT admin dah wat satu akaun limited user..sedangkan aku perlukan akaun yang boleh di full access supaya senang aku nak install atau uninstall software..bikin panas je..
dah tu aku pun tekan la pakcik google dan kemudian ternampak la satu kaedah yang super mudah..senang aje caranya..

mula-mula korang restart aje la balik pc korang tu..
then masuk pada 'safe mode' (tekan F8 banyak kali..atau mungkin lain pc, lain buttonnya)..
dalam safe mode ni la aku tukarkan akaun aku daripada limited user kepada administrator..
caranya pegi dekat control panel -> user account -> user account -> klik kat nama korang (sebagai contoh nama aku putra ataupun mungkin admin set kepada 'user') kemudian klik kat properties dan tukarkan user groupnya..
mudah kan?



Satu lagi cara yang mudah nak reset password tetapi korang perlu memiliki akaun administrator terlebih dahulu. Cara-caranya ialah:

1. Pegi dekat Start
2. Klik Run
3. Taip 'cmd'
4. tekan enter
5. korang akan nampak satu popup kecil
6. taip 'net user'
7. ia akan paparkan semua senarai user yang ada pada pc tersebut
8. korang taip 'net user admin*' (sebagai contoh kalau korang nak reset password admin la..heheh)

9. then ia akan keluar satu macam list..korang taip aje ape-ape password yang korang suka, lepas tu restart dan cuba login dengan username admin beserta dengan password tadi..
sebagai contoh taip 'net user admin*', tekan enter,
kemudian masukkan password abc (contoh) taip macam ni ----> net user admin abc..
restart dan login guna password abc tadi..
kalau dah boleh, maknanya korang dah boleh tukarkan akaun korang yang limited @ restricted user tadi kepada administrator la..senang?mesti la!

P/S: Kalau tak jadi, korang try masukkan password yang lain..contohnya, taip 'net user admin pass@word1234' dan tekan enter..pasti boleh! sebab berkemungkinan sistem akan minta password yang lebih kompleks atau rumit..selamat mencuba!